Saturday, March 21, 2009

B.L.A.C.K


tadi aku berkesempatan tgk hindi movie ni. Tajuk dia BLACK lakonan rani mukherjee dan amitabh bachan. Citer ni mmg best. aku ni bukan lar jenis minat citer hindustan ni. Tp jalan citer black ni lain dr yg lain. Takde lagu2, guling2 atas rumput cam citer hindustan lain. Very motivational, interesting dan lain dr yg lain.

Citer dia berkisar tentang dr seorg budak perempuan nama Michele ni. Dia seorang yg bisu, pekak, buta dan terencat akal. waktu kecik dia ni terlalu ganas dan manja. Jadi ibu bapa dia upah seorg guru untuk mengajar budak ni which is Amitabh Bachan lar. Cikgu ni lar yg ajar dia mengenali huruf, bersopan, hormat org tua dsb. Cikgu ni dgn gigihnya mengajar budak ni menjadi seorg yg berguna dr kecik sampai besar.

Bila budak ni besar lakonan rani mukehrjee diterima masuk ke sebuah kolej biasa. Oleh kerana michele ni pekak, bisu dan buta, cikgu dia lar yg menjadi mata dan telinga michele ni. 3 tahun asyik gagal dan repeat paper akhirnya selepas 12 tahun baru si michele ni grad. Very touching sgt. aku nak ulas citer ni tak pandai sbb aku bkn pengkritik filem.

Anyway citer very motivational subject. Kisah ttg semangat tak putus asa, kegigihan wlu cacat, sabar menghadapi dugaan dan percaya pada tuhan. Kisah ini semacam memberi aku inspirasi utk aku terus melangkah melawan segala dugaan yg melanda hidup aku skrg.... satu ayat yg aku tak lupa dr citer ni....

KEGAGALAN ITU ADALAH PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN. SEPERTI LABAH-LABAH YG MEMBINA SARANG, WLU ANGIN DATANG SERIBU SEKALI PUN, BERKAT KETABAHAN DAN KESABARAN AKHIRNYA DIA BERJAYA MENYIAPKAN SARANGNYA.....

Renungkan........................

No comments: