Sunday, March 1, 2009

notasi cinta 1

Mungkin Tuhan sengaja mahu kite berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kite akhirnya menemui insan yang betul, kite akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahgiaan tertutup, yang lain akan terbukak. Tapi lazimnya kite ni suke sangat pandang pintu yang tertutup itu terlalu lama sehinggakan kite tidak nampak pintu yang telah standby terbukak untuk kite.

Kawan yang baik ialah seseorang yang kite boleh duduk dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benarr kite ni tak tau apa yang kite punyai sehinggakan kite kehilangannya dan memang benarr gak kite pon tak tau apa yang kite rindukan sehinggakan ia datang dengan tibe-tibe tanpa segan silu.

Memberi seseorang seluruh cinte kite bukanlah satu kepastian yang die akan menyintai kite kembali. Jangan harapkan cinte sebagai balasan kerana cinte yang hakiki hanya pada ilahi. Nantikan saje cinte tu mekar dalam hati die tapi sekiranya ia tak, pastikan ia terus mekar dalam hati kite. Ia mengambil masa cuma seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tapi mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar pada kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan kite tersenyum kerana ia memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati kite tersenyum.
Akan tibe nanti satu ketika dalam hidup apabila kite ni tetibe je amat rindukan seseorang sehinggakan kite mengapainya dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin dimimpikan.Pergilah kemana-mana yang ingin kite tujui dan jadilah apa yang kite inginkan kerana kite hanya memiliki satu kehidupan

No comments: